Wednesday, July 31, 2013

Umur semakin hampiri 40 tahun... Kemana arahmu?...



Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun

Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; danjadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)

Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Syaratnya dia mulai daripada sejak dia baligh lagi. Kebanyakkan ulama’ bersungguh-sungguh dalam beribadah mengurangi tidurnya, ketika mencecah usia ini.

Maafkanlah... bila hati.. tak sempurna menyintaiMu..




dosa org yg kita marah sebab buat video atau gambar atau statement yg mungkin dibuat ketika beliau jahil entah2 dah lama diampun oleh Allah .... kita ni tanpa siasat terus sebarkan dalam facebook, membangkitkan fitnah yg telah terkubur mungkin 3 atau 4 atau 10 tahun yang lalu, mungkin dia bersalah, mungkin dia perlu dihukum, tapi kita?.... kenapa kita jugak mencari sebab utk Allah hukum kita kerana membangkitkan fitnah yg telah terkubur.... jgn mudah share, jgn mudah utk comment, siasat lah dulu atau diam.... dalam perkara fitnah, diam adalah lebih baik.

Tuesday, July 30, 2013

Seronoknya Berterawikh... Tapi awas!

SELAWAT NABI: Arab tidak buat, Melayu buat

SECARA santai, tercerita mengenai solat Tarawih di Makkah dan tanah air. Bersoal-jawab pula, mengapa orang Nusantara membuat bacaan selawat ke atas nabi serta pujian kepada empat orang khalifah di celah-celah solat Tarawih, sedangkan di masjid Makkah dan Madinah tidak ada? Ada beberapa macam jawaban. Antaranya, “Arab itu Wahabi”, “Itu cara orang Arab, cara Melayu lain sedikit” dan “perkara baik, bagus dilaksanakan”.

Memang berselawat ke atas Nabi s.a.w. itu satu anjuran yang aula. Bisa dilihat ayat 56 surah al-Ahzab. Maksudnya, “sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atas nabi dan ucapkanlah salam yang penuh penghormatan kepadanya.”

Oleh itu mengapa di Makkah dan Madinah tidak melaksanakan seruan supaya berselawat di antara rakaat-rakaat Tarawih? Orang Arab meninggalkan selawat dan orang Melayu melakukan selawat?

Saturday, July 20, 2013

Penghinaan yang dilakukan oleh Alvin & Vivian Terhadap Islam.. apa pandangan islam?

"apa yg hangpa nak defend sgt org bukan Islam tu!... agama lain nak defend, agama sendiri di biar dihina!... habis tu hangpa nak suruh buat apa? takkan nak suruh dok diam saja!... bodoh.... bacul... dayus...."

tuan2 ikhwatul iman ... kalaulah perjuangan ini semudah bila kita menegur terus org tu berubah, maka tak adalah konsep jihad dan bersabar dalam perjuangan. Semua org pernah dengar cerita nabi bersama perempuan tua yahudi yg buta, sampai nabi wafat, perempuan yahudi tua tersebut tetap menghina nabi saw, adakah ini bermakna nabi gagal? tak... perjuangan dan usaha dakwah nabi akhirnya berhasil bila perempuan tersebut mengucapkan kalimah syahadah dihadapan Saidina Abu Bakar ra. Tak sempat pun nabi melihat hasil perjuangan beliau, tapi nabi tetap terus berusaha berjuang tanpa putus asa.

ada banyak konsep dakwah nabi saw bawak bagi mendekati org kafir terutamanya yg menghina Islam, namun begitu ada 2 konsep yg cukup besar yg ditunjukkan oleh nabi saw iaitu akhlak yg baik dan berdialog. Kita boleh baca dari sejarah nabi akhlak yg baik digunakan bagi mendekati org kafir setempat manakala konsep berdialog digunakan apabila berjumpa pemimpin2 dan org2 yg berpengaruh.

Kebangkitan Islam Pasti Akan Berulang!!!



Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menolak permintaan untuk bertemu dengan Muhammad Al-Baradei, anggota Barisan Penyelamat, dan salah seorang dari pengkomplot rampasan kuasa tentera ke atas presiden sah Mesir Dr Muhammad Mursi .

Turut tertulis dalam keratan akhbar "Aksham" Turki, Erdogan menolak pertemuan itu kerana mengira bahawa ianya adalah salah satu percubaan bagi menghalalkan rampasan kuasa tentera ke atas presiden Mursi, dan sudah pasti itu adalah sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Erdogan dengan bantahan yang keras, beliau juga mengesahkan bahawa Turki tidak mengenali presiden sah Mesir kecuali Dr Mursi.

Tambahan, bahawa presiden Turki Abdullah Juul telah pun menolak pelawaan bertemu mereka pada hari Isnin yang lepas selepas menerima surat daripada Adly Mansour-yang telah dilantik oleh As-Sisi yang diterima dari kedutaan Mesir di Ankara.

Penolakan ini adalah sebagai bantahan dari mengiktiraf kelangsungan kerajaan baru di Mesir. Mereka menegaskan "Kami tidak mengenali presiden Mesir selain Mursi"

Sumber : IkhwanOnline

Friday, July 05, 2013

Morsi dijatuhkan dalam rampasan kuasa oleh pihak tentera...



Mari kita buat perbandingan mengenai kes Morsi vs Hosni dgn kes PR vs BN nie… Hosni dah lama memerintah mcm BN laa… dah dekat 55 thn memerintah… rakyat mmg dah bersemadi lama dijiwa mereka dgn zaman pemerintahan BN nie… tap tup PR take over sebagai kerajaan (ini cth jelah dlm pilihanraya ke-13 tempoh hari) dan melakukan dasar² yg lebih radikal…

Sudah tentulah dlm masa yg begitu singkat.. mana mampu sebuah kerajaan baru nak menunjukkan kehebatan dan kesempurnaannya kepada rakyat dalam sekelip mata sahaja… mesti ada anasir² samada dari BN atau dari Hosni yg cuba utk kembali berkuasa dan kembali utk menjatuhkan PR nie…

Sebab itu, apa saja kebaikan yg dilakukan oleh PR di negeri jajahan mereka tidak begitu kelihatan dimata seluruh rakyat dan masyarakat msia… cth air percuma… gaji bos syabas sampai berjuta… org² sgor je yg tak dpt menerimanyer dan membuka mata mengenai perkara ini… selebihnya bagi mereka yg masih berada di tanah jajahan BN tak kata apa…