Thursday, June 30, 2011

Berbicara sebentar tentang sedekah...

Assalamu'alaikum wbt buat semua sahabat... Acik berkesempatan memberikan satu soalan buat rakan² di forum Bincang.net... mari sama² kiter saksikan...

Tidak akan berkurang harta seseorang disebabkan bersedekah.” Hadis Nabi SAW...

Acik sekadar nak bertanya kat sini... jikalau kiter hampir pasti (bukan 100% betullah) yg org selalu minta sedekah kat kiter tue bukanlah seorg yg layak kiter sedekahkan (maybe sebab dia bukanlah sakit atau hadapi kekurangan anggota badan) adakah salah kiter bersedekah lagi kpdnya??...

Kenkadang kat kawasan tempat acik dok makan tgh nie mesti ada org yg sama meminta sedekah... kenkadang tue dia berlegar dari satu tempat ke satu tempat sampaikan kiter dah amat mengetahui yg kerjanyer sekadar cari makan dengan meminta sedekah... Adakah kiter dikira bersalah jikalau memberi sedekah kpd golongan sebegini?...

Acik bertanya nie sebenarnyer sebab ada sahabat yg menarik tgn acik sewaktu nak sedekah kat sipolan nie "jgn kasi dia... bukannyer betul pun susah!"... Adakah salah kiter sekadar mahu bersedekah kpd golongan yg sebegini?... Mohon pencerahan...

p/s: Mungkin ada yg biasa menghadapi org yg seperti acik ceritakan..

Thursday, June 16, 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.