Wednesday, January 24, 2007

Promosi Kad al-Wasilah...

"Allah SWT sentiasa membantu hambanya selagi mana hambanya sentiasa membantu saudaranya".

- Riwayat Muslim.

http://www.wasilah.com.my/portal/

Thursday, January 18, 2007

Doa Alih Hujan (Bagi Negeri Johor dan sekitarnya)

DOA DIANGKAT HUJAN: KHASNYA BUAT RAKYAT JOHOR
اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا. اَللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ، وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.
Bermaksud: “Ya Allah! Lindungilah kami dan janganlah (Engkau) binasakan Kami. Ya Allah! (Engkau gerakkanlah hujan ini menghala) ke arah bukit-bukau, gunung-ganang yang kecil, kawasan-kawasan lembah dan tempat tumbuhnya pohonan (yang lebih memerlukan air).Doa di atas berdasarkan sebuah hadith SOHIH daripada Anas bin Maalik; riwayat al-Bukhariy (no. 1013) dan Muslim (no. 897).Berkata as-Syaikh 'Abdur-Razzaaq bin 'Abdul Muhsin Al-Badr di dalam kitabnya yang berjudul "FIQHUL-AD'IYAH WAL-AZKAAR; 'AMALUL-YAUMI WAL-LAILAH" (m/s 241; cetakan Daar Ibnil-Qayyim dan Daar Ibni 'Affaan):"... dalam hadith / doa ini, menunjukkan dibolehkan oleh syara' untuk bermohon dihentikan hujan; tatkala berpanjangan hujan tersebut serta semakin banyak dan (sampai) mencetuskan bahaya pula."

Tuesday, January 16, 2007

Suara Acik Bergema...

Assalamu'alaikum wbt.

Para sahabat yang dihormati dan dirahmati Allah sekelian,

Terima kasih kerna ada yang masih sudi menjengah sebentar melepas pandangan ke teratak buruk acik ini.

Setiap perkara boleh berubah... setiap manusia pasti berubah... dengan pendekatan terbaru yang acik gunakan di pejabat acik ini, menyebabkan acik terasa sukar sangat untuk melapangkan masa bersama-sama kalian semua, sahabat alam maya acik.

Rasanya masa untuk acik jadi pekerja contoh sudah tiba... semoga ada masa kiter akan berjumpa lagi... Sekian, salah silap harap dimaafi, jangan disimpan didalam Bank Rakyat.

Wassalam.